Saturday, 6 September 2014

Sindir mural artis luar negara

Inilah lukisan yang secara sinis menegur lambakan lukisan mural pelukis dari luar negara.
Inilah lukisan yang secara sinis menegur lambakan lukisan mural pelukis dari luar negara.

GEORGETOWN - Lukisan mural yang membanjiri kawasan bandar raya negeri ini rupanya dalam diam membuatkan ada yang tidak senang hati.

Manakan tidaknya boleh dikatakan hampir 90 peratus mural yang menjadi popular kalangan pelancong dihasilkan pelukis dari luar negara.

Sindiran tajam yang dipercayai dihasilkan oleh pelukis tempatan ditemui berhampiran Lorong Carnavon juga terletak berdekatan dengan pejabat Festival Georgetown.

Salah seorang pelancong, Suraidah Roslan berkata, dia turut menyedari mural yang dikatakan baru saja dilukis tersebut.

“Mungkin ada yang tidak puas hati kerana mural orang luar lebih dibangga-banggakan sedangkan pelukis tempatan tidak mendapat tempat untuk mempamerkan karya mereka.

“Sedangkan kalau dilihat anak tempatan kita tidak kira pelbagai bangsa mempunyai bakat yang begitu hebat, tetapi tidak diberi peluang,” katanya.

Sementara itu bagi Nadzirah Alwi berkata, kebanyakan mural yang dihasilkan hanya sekadar cantik di mata sebaliknya tidak memberi makna sebenar di sebalik sejarah Pulau Pinang.

Menurutnya, mural P Ramlee dan juga salah seorang tokoh pendidikan negara, Tan Sri Prof Emeritus Dr Awang Had Salleh hanya diletakkan di kawasan luar bandar.

“Berbanding mural yang dihasilkan pelukis luar negara itu, boleh dikatakan mural tokoh kita lebih baik.

“Karya yang dihasilkan oleh pelukis luar negara sebenarnya hanyalah sekadar cantik sahaja bukannya memberi makna mendalam bagi membolehkan orang mengenali siapa kita sebenarnya,” katanya.

Berbeza pula bagi pandangan Yusri Suhaimi yang berpendapat lukisan mural di Bandaraya Georgetown memberi nafas baru buat bandar warisan tersebut.

“Mungkin kita boleh lihat dari segi positif dan negatifnya, mural ini dalam masa yang sama menarik pelancong untuk datang ke Pulau Pinang.

“Tetapi kebanjiran lukisan dari pelukis luar negara menyebabkan artis tempatan tidak mendapat tempat dan itu perlu dipandang kerajaan tempatan atau pelbagai pihak lain,” katanya.

--Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment