Saturday 6 September 2014

Promosi Malindo Air bermula Khamis


Malindo Air

MALINDO Air menawarkan tambang rendah dengan promosi jualan mega istimewa bagi tempat duduk dan penerbangan yang berlepas terutamanya dari semua destinasinya.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan hibrid itu berkata promosi dalam talian bagi domestik dan antarabangsa akan bermula esok hingga 14 September, 2014 dan promosi itu bagi tempoh perjalanan dari 5 Januari - 31 Mei, 2015.

"Promosi itu bagi semua penerbangan yang berlepas dari Subang ke destinasi dalam Malaysia dengan tambang bermula dari RM49 tambang sehala termasuk semua," katanya.

Malindo Air berkata tambang ke destinasi domestik dari KLIA bermula dari RM69 tambang sehala termasuk semua; Jakarta, Bali dan Bangkok (RM99 tambang sehala termasuk semua) Trichy dan Kochi (RM159 tambang sehala termasuk semua); dan, Delhi dan Mumbai (RM299 tambang sehala termasuk semua).

Bersempena dengan Pesta Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan datang pada hujung minggu ini, Malindo Air berkata ia turut menawarkan tambang eksklusif promosi istimewa untuk ejen pelancongan mulai hari ini hingga 30 September, 2014 untuk perjalanan dari sekarang hingga 30 April, 2015. 

--Sumber: Bernama, Sept 3, 2014

No comments:

Post a Comment