Pengguna jalanraya di Tambak bakal berdepan dengan kenaikan harga tol lima kali ganda pada 15 September ini.
Pengguna jalanraya di Tambak Johor bakal berdepan dengan kenaikan harga tol lima kali ganda pada 15 September ini.
Buat masa ini, pengguna jalanraya membayar RM3.40 sebelum harga tol meningkat ke RM6.85 dalam masa 10 hari lagi.
Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) mengumumkanpelaksanaan tol baharu dan kenaikan kadar tol baru itu bersesuaian dengan cadangan kenaikan harga baru oleh kerajaan Malaysia.
Dalam satu kenyataan akhbar, agensi melaporkan harga baru itu membabitkan pintu masuk dan keluar untuk memasuki republik itu.
Buat masa ini, kadar tol yang dikenakan untuk pengguna yang memandu kereta dan bukan kepada penunggang motosikal ketika meninggalkan negara tersebut.
Kenyataan media Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA)
Kenyataan itu turut menyebut polisi negara itu sepadan dengan kadar tol di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Second Link) seperti yang ditetapkan oleh Malaysia.
Kenaikan harga tol itu turut membabitkan van dan kenderaan muatan ringan dengan kadar harga baru RM24.86 dari kadar lama RM4.82 untuk kedua-dua hala. Kadar tol baru untuk kenderaan muatan berat naik sebanyak RM26.38 dari RM6.60 untuk kedua-dua hala.
Bagi pemandu teksi, harga tol bakal dinaikkan dari RM1.52 ke RM8.37 bagi kedua-dua hala dan kadar baru dikenakan untuk bas awam RM13.45 dari kadar semasa RM2.54.
--Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment