Sunday 3 August 2014

Semua penerjun Malaysia layak ke peringkat akhir

Semua penerjun Malaysia layak ke peringkat akhir

GLASGOW: Kesemua penerjun Malaysia dalam acara 3m papan anjal individu wanita layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada Sabtu petang.

Mereka ialah Ng Yan Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Cheong Jun Hoong. Pada pusingan kelayakan yang berlangsung pada sebelah pagi, Yan Yee menjadi peserta terbaik Malaysia selepas menamatkan saingan di tempat kelima dengan mengumpul 310.95 mata.

Sementara Nur Dhabitah di tempat ketujuh dengan 292.35 mata dan Jun Hoong di tempat ke-12 dengan 257.15 mata.

Dalam peringkat kelayakan acara 10m platform individu lelaki pula, Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei masing-masing menamatkan saingan di kedudukan kelima dan kesembilan untuk meneruskan saingan pada peringkat akhir.

Tze Liang, pemenang pingat emas acara 3m papan anjal individu lelaki, mengumpul 419.50 mata manakala Yiwei pula mengumpul 367.15 mata.

Acara akhir 3m papan anjal wanita akan berlangsung pada pukul 6.05 petang (1.05 pagi waktu Malaysia) dan acara 10m platform individu lelaki berlangsung pukul 7.30 malam (2.30 pagi waktu Malaysia). - Bernama

No comments:

Post a Comment