Friday 1 August 2014

Penganggur didakwa bunuh jiran berumur 71 tahun

Mahkamah menetapkan 30 Sept ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membunuh jirannya yang berumur 71 tahun dengan menggunakan sebilah pisau pada minggu lepas.

Rasid Oasis, 34, didakwa membunuh Swa Kim Chia@ Chua Ah May, di sebuah rumah di alamat 95 A, Jalan Union Off Jalan Sentul, di sini, pada pukul 6.30 petang, 23 Julai lepas.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuraini Abdul Razak.

Rasid yang berasal dari Sabah, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 30 Sept ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Nom Phot Prakdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

No comments:

Post a Comment