Friday 1 August 2014

Dua empangan di Selangor masih belum capai paras minimum

Enam empangan lain telah melepasi paras minimum dengan Empangan Batu mencatatkan jumlah takungan tertinggi iaitu 82.99%

Paras air di dua daripada lapan empangan di Selangor masih di bawah paras minimum 55 peratus walaupun pelan catuan bekalan air ditamatkan pada April lepas.

Menurut statistik laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) www.iwrims.luas.gov.my setakat 8 pagi ini paras air di dua empangan yang masih di bawah paras minimum ialah Sungai Selangor (33.46 peratus) dan Sungai Tinggi (47.39 peratus).

Enam empangan lain telah melepasi paras minimum dengan Empangan Batu mencatatkan jumlah takungan tertinggi iaitu 82.99 peratus, diikuti Semenyih (77.87 peratus), Klang Gates (70.66 peratus), Tasik Subang (67.14 peratus) Langat (63.26 peratus) dan Kolam Takungan Sungai Labu (59.57 peratus).

Pada Februari lepas kerajaan negeri Selangor melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri bagi mengimbangi bekalan air di beberapa buah kawasan ekoran musim kering melampau. - Bernama

No comments:

Post a Comment