Monday, 4 August 2014

Angka korban akibat gempa bumi di China mencecah 367 nyawa

BEIJING: Angka korban akibat kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Zhaotong di Yunnan China pada Ahad kini meningkat kepada 367 orang dengan lebih 2,000 lagi mengalami kecederaan.

Operasi menyelamat besar-besaran kini dilancarkan apabila gempa turut meranapkan ratusan kediaman dan bangunan.

Menurut laporan Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) gempa sekuat 6.1 pada skala richter itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer sekitar 4.30 petang waktu tempatan.

(AP Photo / Xinhua, Zhang Guangyu)

“Terlalu banyak bangunan yang musnah dan kami sedang mendapatkan data berkaitan kematian dan kecederaan,” menurut seorang pegawai kerajaan di bandar Longtoushan yang menjadi pusat bencana itu.

Sementara itu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki Moon melahirkan rasa simpatinya kpada kerajaan China dan keluarga mangsa yang terlibat.

Ki Moon turut melahirkan kesediaan PBB untuk menghulurkan bantuan antarabangsa sekiranya diperlukan.

(AP Photo / Xinhua, Zhang Guangyu)

Menurut laporan pihak berkuasa sebahagian besar mereka yang terkorban adalah seramai 357 di wilayah Zhaotong manakala 10 yang lain adalah di bandar Qujing.

Satu lagi gegaran susulan dengan magnitud 4.1 dicatatkan dua jam kemudian. Ia dikesan kira-kira 18 kilometer dari bandar Zhaotong.

Hujan lebat turut menyukarkan lagi usaha menyelamat mangsa yang masih hidup. - Agensi

No comments:

Post a Comment