Tuesday 12 August 2014

Abdul Khalid pecat exco PKR, DAP

Abdul Khalid pecat exco PKR, DAP - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat dua exco PKR dan tiga exco DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri.

Abdul Khalid menyatakan, semua surat yang dihantar kepada lima exco itu berkuat kuasa serta merta.

Ujar Khalid, surat juga sudah dihantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang meminta supaya exco berkenaan tidak meneruskan kerja Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid menyatakan masih belum menulis surat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail kerana berada di luar negara. - Astro Awani

No comments:

Post a Comment