Tuesday 1 July 2014

Sharifah Aini di ICU, mengidap penyakit paru-paru

Sharifah Aini dimasukkan ke ICU kerana jangkitan paru-paru - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Biduanita itu yang akan genap 61 tahun esok dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Menurut pakar yang merawatnya, Datuk Dr Zainudin Md Zain, fibrosis paru paru mengakibatkan paru paru mengeras dan berparut.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Menurut Dr Zainuddin keadaan beliau stabil dan hanya menerima lawatan ahli keluarga terdekat.

Kak Pah anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953. Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Namun seperkara yang jelas, Kak Pah memang pandai mengaji dan berqasidah dengan suaranya yang merdu.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.


Media Statement @ Astro Awani, Julai1, 2014

No comments:

Post a Comment