Tuesday 1 July 2014

Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal di tapak Bazar Ramadan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Kamal Sallehodin yang meninggal dunia di tapak Bazar Ramadan, Presint 2, Putrajaya pada Isnin.


Berita kematian seorg penjawat awam di Bazar Ramadan Putraya smlm menyedihkan sy. Takziah kpd keluarga Muhammad Kamal Sallehodin. Al-fatihah— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) July 1, 2014


Muhammad Kamal, 34, kakitangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar meninggal dunia selepas tergelincir dan terjatuh ketika melangkah untuk melintasi longkang seluas kira-kira satu meter untuk membeli juadah berbuka puasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu, Muhammad Kamal yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj) Tengku Aina Tengku Ismail dalam satu kenyataan berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia secara mengejut akibat serangan penyakit jantung menerusi laporan bedah siasat Hospital Putrajaya terhadap Allahyarham.

Kata kenyataan itu, Muhammad Kamal meninggal dunia selepas beliau tergelincir dan jatuh ketika cuba melintas longkang di tapak bazar Ramadan Putrajaya semalam pukul 6 petang.

Ujar kenyataan itu, pasukan perubatan tiba sejurus selepas itu dan beliau dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Jelas kenyataan itu lagi, orang ramai yang berada di tempat kejadian telah cuba menyelamatkan Allahyarham namun disahkan meninggal dunia apabila tiba di hospital dan pihak perubatan memberitahu bahawa Muhammad Kamal sudah meninggal dunia.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment