Tuesday 15 July 2014

Kelakar: Tanda-tanda anda masih belum boleh lupakan Piala Dunia

Tanda-tanda anda masih belum lupakan Piala Dunia

Berakhir sudah musim Piala Dunia 2014 yang telah menghantui hidup peminat bola sepak seluruh dunia, begitu juga di Malaysia.

Selama hampir sebulan, topik hangat perbualan baik di pejabat mahu pun di kedai kopi berkisar kepada topik piala keagungan bola sepak itu.

Pelbagai cerita yang dikongsi, paling menarik tentunya kekalahan mengejut Brazil kepada Jerman 1-7.

Di bawah ini mungkin merupakan tanda-tanda anda masih belum boleh melupakan Piala Dunia dalam hidup anda.

1. Tidur mengigau menjerit Gooooooll! setiap hari tepat pukul 5 pagi.
2. Ubahsuai jersi pasukan kegemaran anda kepada baju Melayu untuk Aidilfitri.
3. Warna sampul angpau anda hanya berwarna kuning dan merah.
4. Kaum lelaki adalah yang paling awal bangun tidur untuk kejutkan ahli keluarga lain untuk bangun sahur.
5. Dapat tentukan perbezaan waktu di Brazil dan Malaysia dengan tepat.
6. Baca Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia dan berdoa Harimau Malaya berjaya ke Piala Dunia satu hari nanti.
7. Mula ambil berat perkembangan bola sepak tempatan.
8. Mula faham apa makna NFDP Malaysia, selama hari ini tidak pernah ambil tahu.
9. Mata anda sudah bertukar menjadi seperti mata Xing Xing dan Liang Liang
10. Masih potong rambut mengikut gaya pemain pujaan seperti Neymar atau Ronaldo.
11. Main bolasepak petang-petang pakai jersi pasukan kegemaran.
12. Kumpul duit untuk beli kasut bola yang menjadi trend ketika Piala Dunia 2014
13. Avatar FB/Whatsapp/media sosial anda masih gunakan bendera favourite team
14. Masih nyanyi lagu Pitbull / JLo / Shakira .. dan menaikkan volume bila dengar kat radio.
15. Menjadikan perisian permainan komputer atau Playstation seperti FIFA 2014, World Cup 2014, Football Manager 2014-15, Championship Manager 2014-15, Pro Evolution Soccer atau Winning Eleven sebagai medan untuk membalas dendam terhadap kekalahan pasukan kegemaran anda semasa Piala Dunia. (meskipun 'kemenangan virtual' itu tidak merubah realiti yang sedang berlaku seperti kekalahan teruk Brazil 1-7 kepada Jerman).
16. Sudah pandai dalam data statistik dalam mencongak atau meramal hala tuju permainan setiap pasukan di dunia meskipun pasukan yang dinilai itu hanyalah sebuah pasukan kelab amatur yang bermain untuk Liga Kuala Lumpur.
17. Anda mungkin bukan peminat sukan bola sepak, perkara paling penting anda lakukan hanya Google mencari wajah-wajah pemain bola sepak yang kacak.
18. Mula menonton semula filem-filem bertemakan bola sepak seperti Bend It Like Beckham, Shaolin Soccer dan The Game of Their Lives.
19. Mula Google siapakah Mario Goetze.
20. Masih troll penyokong Brazil dan Argentina di Twitter.


Sumber: ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment