Tuesday 15 July 2014

Dua maut, 19 PATI dikhuatiri lemas, bot pancung karam di Tanjung Piai

JOHOR BAHARU: Dua pendatang asing tanpa izin warga Indonesia maut manakala 19 dikhuatiri lemas selepas bot pancung yang dinaiki kira-kira 80 orang dilaporkan karam di perairan Tanjung Piai, dekat Pontian awal pagi Selasa.

Penolong Pengarah (Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat) negeri Mohd Rizal Buang berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 1.33 pagi itu, berlaku kira-kira tiga batu nautika dari Pulau Pisang.

Beliau berkata kejadian berlaku akibat pelanggaran bot pancung itu dengan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia semasa Ops Tumpas.

"Pihak bomba berjaya menyelamatkan 61 mangsa tetapi dua daripadanya (seorang lelaki dan wanita) meninggal dunia manakala 10 mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan dan 49 mangsa terselamat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Selasa.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan mulai 8 pagi ini melibatkan 20 anggota Bomba dan Penyelamat Negeri.b- Bernama

No comments:

Post a Comment