Kunjungan Abdul Khalid dilihat satu usaha untuk mendapatkan 'restu' Nik Abdul Aziz
KUALA LUMPUR: Kunjungan Aidilfitri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat bukan hanya sekadar mengeratkan silaturahim.
Sebaliknya, kunjungan Abdul Khalid, yang kini mendapat tekanan partinya sendiri, PKR, supaya melepaskan jawatan, dilihat sebagai satu usaha untuk mendapatkan talian hayat.
Sejak malam tadi, timbul cakap-cakap dikalangan pemerhati politik, kunjungan Abdul Khalid itu bertujuan mendapatkan sokongan daripada bekas Menteri Besar Kelantan itu.
Namun Abdul Khalid menerusi laman Facebooknya menyatakan beliau mengunjungi Nik Abdul Aziz di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baru sekitar pukul 3 petang Selasa.
"Berkunjung sempena Aidilfitri ke rumah Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Walaupun kelihatan uzur, beliau masih gagah berbicara. Terima kasih atas kesudian menerima kunjungan," tulis Abdul Khalid di Facebooknya awal pagi Rabu.
Posting di Facebook Abdul Khalid yang memuatkan gambar kunjungan beliau ke atas Nik Abdul Aziz
Pemerhati politik melihat kunjungan Abdul Khalid ini bertujuan menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Nik Abdul Aziz atas sokongan yang diberikan selain untuk mendapatkan 'restu'.
Menjelang Aidilfitri baru-baru ini Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan media memberikan sokongan terbuka kapada Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Sokongan yang dinyatakan Nik Abdul Aziz itu selaras dengan pendirian presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut menyatakan sokngan supaya Abdul Khalid dikekalkan menerajui Selangor.
Di laman Facebooknya, Abdul Khalid turut memuatkan gambar beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
No comments:
Post a Comment