Wednesday, 30 July 2014

China siasat Microsoft

China sebelum ini mendakwa AS telah melancarkan 100,000 serangan siber setiap bulan yang menyasarkan laman ketenteraan milik mereka.
China sebelum ini mendakwa AS telah melancarkan 100,000 serangan siber setiap bulan yang menyasarkan laman ketenteraan milik mereka.

BEIJING - Badan Pentabdiran Negara bagi Industri dan Perdagangan (SAIC) China pada Selasa melancarkan siasatan terhadap sistem operasi Windows gergasi perisian AS, Microsoft, sehari selepas para pegawai membuat pemeriksaan mengejut di beberapa pejabat Microsoft di China.

Pengawal selia anti monopoli menghantar kira-kira 100 pegawai pemeriksa ke pejabat Microsoft di Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Chengdu pada Isnin dan mengambil dokumen dalaman dan merampas dua komputer.

"Pengawal selia itu juga menyiasat naib presiden dan pengurus kanan Microsoft dan membuat salinan penyata kewangan dan kontrak syarikat itu," kata SAIC dalam satu kenyataan dalam laman webnya.

SAIC berkata ia juga merampas dokumen, emel dan data lain daripada komputer dan server Microsoft.

"Siasatan tidak dapat diselesaikan kerana beberapa kakitangan utama Microsoft tidak berada di China atau tidak dapat dihubungi," kata badan pentadbiran itu.

Agensi berita Xinhua melaporkan pada Jun tahun lepas, SAIC telah menyiasat aduan daripada perusahaan bahawa Microsoft menggunakan kod jualan tie-in dan kod pengesahan dalam sistem operasi Windows dan aplikasi Microsoft Office menyebabkan isu-isu ketidakserasian perisian.

Ia berkata Microsoft bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan berhubung siasatan itu.

Pada November tahun lepas, perancang dan pengawas ekonomi China, National Development and Reform Commission melancarkan siastan ke atas Qualcomm Inc, pengeluar cip mudah alih terbesar dunia yang berpangkalan di California bagi menentukan sama ada ia menggunakan kedudukan pasaran dominannya untuk mengenakan yuran paten tinggi dan memutuskan bahawa Qualcomm mempunyai monopoli. - Bernama

No comments:

Post a Comment