Monday 30 June 2014

Tutup akaun twitter, Tony Fernandes mahu fokus Instagram dan blog


Menurut sumber, Fernandes dalam rangka mencari cara baru mendekati penyokongnya.



KUALA LUMPUR: Umum mengetahui Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes telah menutup akaun rasmi Twitternya pada Jumaat lalu, dan khabar mengatakan yang ahli perniagaan ini mungkin akan memberi fokus kepada laman sosial Instagram dan blog.

Fernandes yang menggunakan nama @tonyfernandes di Twitter mengucapkan selamat tinggal kepada warga Twitter dan menimbulkan pelbagai reaksi dari pengikutnya yang berjumlah 877,000.

Apatah lagi, pemilik pasukan Liga Inggeris Queens Park Rangers yang dianugerahkan 'Pemimpin Industri Penerbangan' pada Aviation Awards 2014 awal tahun ini turut popular di kalangan peminat-peminat bola gemar berinteraksi dengan pengikutnya di Twitter.


Tony Fernandes has deactivated his Twitter account. Twitterjaya lost a CEO's voice.— Salahdin (@saladinMY)June 27, 2014

So @tonyfernandes is leaving twitter! It's been good to have an open engaging chairman with fans. Maybe see you back here someday!!!— Jason Smith (@smiffy2108)June 27, 2014

Tony Fernandes quit twitter. Sad sad day.— ylwong/kristalyamaki (@kfiy) June 28, 2014


Tony Fernandes quit twitter for the same reason many people did; it got too way out of hand. He prefer 'controlled' press conference.— Gord Lim (@CKGord) June 28, 2014

Keputusan Fernandes menutup akaun Twitternya mengejutkan ramai pihak kerana beliau merupakan antara yang aktif di laman mikro itu dan dikenali dengan komen-komennya yang adakalanya lucu dan berbau 'sinikal.

Namun menurut sumber yang enggan namanya didedahkan, Fernandes dalam rangka mencari cara baru untuk mendekati penyokong-penyokongnya. Beliau juga sedang memperbaharui blog rasminya yang bakal dipantau oleh pasukan tertentu.

"Medium blog dan Instagram lebih memberi impak visual yang positif," kata sumber berkenaan.

Fernandes yang menggunakan nama @tonyfernandes di Twitter mengucapkan selamat tinggal kepada warga Twitter pada Jumaat.

“Saya akan menutup akaun Twitter hari ini. Seperti yang pernah saya katakan, tunggu sehingga kedudukan QPR naik dan umur saya 50 tahun mungkin saya akan mulakan akaun lain” kata beliau yang merujuk kepada pasukan QPR.



Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment