Monday 30 June 2014

Maxis lancar pelan internet berbual, teks tanpa had


Maxis lancar pelan internet berbual, teks tanpa had

KUALA LUMPUR: Pelan MaxisONE yang baharu dilancarkan membawa kejayaan besar ke atas Maxis, satu-satunya pelan Internet yang menawarkan pelan berbual dan teks tanpa had, pengalaman 'Sentiasa Berinternet'
dan perayauan tanpa rasa bimbang.

Dalam usaha mempercepat penggunaan dalam kalangan pelanggan, Maxis menawarkan rangkaian peranti baharu, empat daripadanya boleh diperoleh secara percuma, termasuk HTC Desire 310, Huawei Y530 dan Samsung Galaxy Ace 3 dengan pelan MaxisONE, di samping Huawei Y330 dengan Pelan MaxisONE lite.

Peranti lain yang ditawarkan pada nilai menarik termasuk Sony Xperia Z2 & M2, Xiaomi Mi3 dan HTC Desire 816.

Dalam satu kenyataan, Ketua Perniagaan Pelanggan Maxis Dushyan Vaithiyanathan berkata pelan itu sejajar dengan keperluan pelanggan di rantau ini, dengan suara dan SMS kekal cara penting berkomunikasi.

"Menerusi pelan MaxisONE, kami mahu pelanggan di Sabah dan Sarawak tidak bimbang apabila semasa berhubungan antara satu sama lain, sama ada melalui panggilan, SMS, melayari Internet atau sentiasa bergerak," kata Dushan.

Bernama

No comments:

Post a Comment