Monday 30 June 2014

Arjen Robben mohon maaf kerana sengaja jatuhkan badan untuk penalti

Arjen Robben memohon maaf atas tindakannya sengaja menjatuhkan badan untuk penalti


KUALA LUMPUR: Penyerang Belanda, Arjen Robben memohon maaf kerana tindakannya yang sengaja menjatuhkan badan dalam kotak penalti untuk mendapatkan penalti ketika perlawananpusingan kalah mati menetang Mexicoawal pagi tadi.

Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa beliau tidak berpura-pura ketika terjatuh setelah dibentes oleh pemain lawan yang membawa kepada kemenangan pasukan Belanda melalui sepakan penati pada minit-minit akhir.

Jurulatih Mexico, Miguel Herrera telah mengkritik pengadil perlawanan Pedro Proenca kerana memberikan sepakan penalti yang diambil oleh Jan-Klaas Huntelaar pada masa kecederaan dan sekaligus membawa kepada kemenangan 2-1 kepada Belanda.

Robben merupakan watak utama bagi kedua-dua insiden di Fortaleza itu.

“Apa yang boleh saya katakan adalah saya memohon maaf atas tindakan sengaja merebahkan badan saya demi untuk mendapatkan penalti pada separuh masa pertama dan saya sepatutnya tidak patut berbuat demikian,” Robben memberitahu stesen penyiar Belanda, NOS ketika dia sedang merayakan kejayaan Belanda mara ke peringkat suku akhir.

“Ianya sesuatu yang sangat bodoh untuk dilakukan namun adakalanya anda menjangkakan bahawa anda akan dikasari dan menyedari bahawa pada saat-saat akhir, pemain lawan kemudian menarik kaki mereka bagi mengelakkan dari dikenakan sebarang tindakan daripada pengadil,”.

Namun, penyerang Belanda itu mempertahankan tindakan Proenca memberikan sepakan penalti selepas dia dikasari oleh ketua pasukan Mexico, Rafael Marquez. “Saya sememangnya dikasari,” katanya.

Mexico yang selesa mendahului hanya mampu bertahan sehingga pada minit ke 88 apabila Wesley Sneijder menjaringkan gol penyamaan Belanda dan Huntelaar kemudian mengakhiri perjuangan Mexico apabila menjaringkan gol kemenangan Belanda melalui sepakan penalti.

Herrera berkata pengadil Proenca tidak patut dibenarkan terlibat lagi dalam mengadili perlawanan Piala Dunia.

“Faktor penentu sekarang ini ialah individu yang mempunyai wisel itu kerana beliaulah yang meletakkan pasukan kami tersingkir dari Piala Dunia,” katanya.

“Kami mengakui bahawa gol pertama Balanda itu adalah disebabkan kesilapan kami namun kita masih mempunyai peluang untuk bangkit semula sebelum masa tambahan tetapi entah bagaimana, pengadil ‘mencipta’ satu penalti kepada Belanda yang menyebabkan kami tersingkir,”.

Herrera menjelaskan bahawa pasukannya menjadi mangsa pengadilan yang tidak adil dalam tiga daripada empat perlawanan yang mereka lalui.

“Dari empat perlawanan yang kami lalui, tiga daripadanya melalui satu mutu pengadilan yang sangat buruk dan saya tidak faham mengapa perlawanan ini diadili oleh seseorang dari konfederasi yang sama. Mengapa tidak seorang pengadil dari Afrika, Asia malah Amerika Selatan dan kesemua keputusan yang dibuat itu segalanya menentang kami, Mexico,” katanya. - AFP 

No comments:

Post a Comment