Tuesday 29 April 2014

Seorang wanita ditahan disyaki terlibat dalam kumpulan militan


KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan yang ditahan di Selangor dan Kedah semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata wanita itu ditahan di Kuala Lumpur sekitar pagi tadi.

“Kita percaya wanita tersebut adalah antara 10 suspek yang ditahan sehingga hari ini yang mempunyai perkaitan dengan rancangan-rancangan untuk melancarkan serangan bom di Malaysia dan beberapa buah negara Islam yang sekular,” katanya ketika ditanya pemberita.

Wanita tersebut berumur dalam lingkungan pertengahan 20an.

Semalam, polis menangkap beberapa suspek yang disyaki terlibat dalam kumpulan militan di beberapa lokasi di negara ini.

Suspek berumur dalam lingkungan 25 hingga 56 tahun dan mempunyai pelbagai pekerjaan seperti pelajar, pekerja am dan professional.

- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment