Tuesday 29 April 2014

Brendan Gan perlu kelulusan FIFA sebelum wakili Malaysia

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Kelantan, Brendan Gan kini hanya memerlukan kelulusan daripada badan induk bola sepak dunia, (FIFA) untuk membolehkannya mewakili Malaysia.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan, Persekutuan Bola Sepak Australia, (AFF) sudah pun memberi maklum balas rasmi terhadap bekas pemain Sydney FC itu.

Pemain berusia 25 tahun ini, didaftarkan sebagai pemain tempatan oleh persatuan bola sepak Kelantan, KAFA ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bulan ini selepas berjaya mendapat taraf kerakyatan Malaysia.

Sebelum ini, Brendan turut menyuarakan kesediaan untuk mewakili skuad kebangsaan yang kini dibimbing jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee.

Dalam pada itu, Hamidin mengesahkan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, (JKPT) FAM pada Selasa akan mengesahkan kedudukan bekas pemain Johor Darul Takzim, Baihakki Khaizan untuk kembali ke pangkuan Lions XII bagi baki saingan musim ini.

Hamidin mengakui, banyak faktor perlu diperhalusi sebelum JKPT mencapai kata putus terhadap permintaan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menyenaraikan Baihakki bersama Lions XII.

- Astro Arena

No comments:

Post a Comment