Tuesday 29 April 2014

Feri karam: Angka kematian meningkat 193


KUALA LUMPUR: Jumlah kematian susulan tragedi feri karam di perairan Korea Selatan meningkat kepada 193 sementara 109 lagi dilaporkan hilang, menurut laman Twitter ‏@Pray4SouthKorea.

Menurut laman Twitter itu, rata-rata mayat yang ditemui merupakan pelajar lelaki.

Sementara itu, Presiden Park Geun-hye memberi penghormatan beliau kepada mangsa nahas ngeri itu ketika membuat lawatan pada Selasa.

Park turut bersama orang ramai di pusat berkabung rasmi di Ansan, yang terletak di selatan Seoul.

Ansan merupakan wilayah dimana terletaknya Sekolah Menengah Danwon dimana 260 pelajarnya merupakan mangsa dalam tragedy feri karam ini dimana mereka dalam perjalanan ke Pulau Jeju untuk lawatan sekolah.

Misi mencari dan menyelamat sebelum ini dikecam kerana didakwa lambat bertindak hingga menyebabkan risiko kematian yang lebih tinggi.

Keadaan cuaca yang bertambah baik memudahkan operasi pencarian mangsa, namun jarak penglihatan di dalam air adalah terhad menyebabkan pasukan penyelam terpaksa meraba-raba mencari mayat dalam keadaan serba gelap.

Antara mayat yang dijumpai termasuk tiga warga luar negara, dipercayai seorang warga Rusia dan dua rakyat China. -- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment