Sunday 6 April 2014

Pencapaian Sabah memberangsangkan

Sabah FA
Sabah FA


PENGURUS Pasukan Sabah, Rahman Zakaria menyifatkan pencapaian mereka di pusingan pertama sebagai memberangsangkan dan percaya skuad itu mampu mencatat pencapaian lebih baik pada pusingan kedua nanti.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pencapaian pasukan pada pusingan pertama. Selepas kalah tiga perlawanan pertama kita mencatat rekod tanpa kalah lapan perlawanan berikutnya.

“Bagaimanapun, rekod tanpa kalah itu tercemar sedikit kerana empat daripadanya berkesudahan seri dan ianya berlaku selepas kita menang tiga perlawanan berturut-turut," katanya dipetik dalam sabahfa.com.

Rahman berkata, Sabah masih berusaha memburu kedudukan terbaik pada ketika ini, sekurang-kurangnya berada pada kedudukan empat kelompok teratas.

“Kita mempunyai 11 perlawanan lagi di pusingan kedua dan saya yakin Sabah berada di landasan yang baik untuk jadi antara pencabar utama saingan kali ini,” katanya.

The Rhinos akan memulakan pusingan kedua dengan bertemu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Jumaat ini. - Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment