Seorang peminta sedekah duduk di hadapan sebuah kedai kain di Jalan Langgar
ALOR SETAR - Kehadiran seorang lelaki yang meminta sedekah di depan sebuah kedai kain di Jalan Langggar di sini menimbulkan perasaan kurang senang orang ramai.
Malah, lelaki sekitar usia 50-an itu didakwa sering meminta-minta sambil menadah bekas wangnya pada sesiapa sahaja yang lalu-lalang di sekitar kedai kain terbabit.
Pelanggan yang hanya ingin dikenali Nurul Atikah, 23, berkata, dia tidak selesa dengan kehadiran peminta sedekah terbabit.
“Apabila saya dan rakan melalui kawasan terbabit untuk ke bank, dia secara tiba-tiba menghulurkan bekas wangnya hingga mengejutkan kami.
“Mujur dia tidak marah apabila kami tidak mengendahkannya. Awalnya, saya bimbang dia akan mengejar kami. Nasib baik tidak,” katanya.
Rakannya, Najwa Zainul Abidin, 24, berkata, beberapa pengemis lain juga adakala dilihat mundar-mandir di sekitar kawasan terbabit termasuklah sehingga ke Jalan Tunku Ibrahim.
“Tidak wajar meminta sedekah sedemikian,” katanya.
Justeru, katanya, pihak berwajib diharapkan mengambil tindakan terbaik untuk mengurangkan kegiatan meminta sedekah ini, sekali gus membantu meringankan kesulitan yang mungkin dihadapi individu berkaitan.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment