Wednesday 26 March 2014

Syabas sahkan pelan catuan diaktifkan

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)


KUALA LUMPUR - Pengguna di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang menerima bekalan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 akan menghadapi catuan bekalan air seperti yang dijadualkan di dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mengesahkan perkara itu memberitahu, agihan bekalan air berjadual dilakukan berikutan kandungan ammonia meningkat semula sejak semalam disebabkan kekurangan hujan sejak empat hari lalu.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, selain melaksanakan pelan peringkat pertama, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga yang melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang/Shah Alam akan diteruskan seperti yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, terdapat beberapa kawasan catuan bekalan air dalam ZON 2 di Wilayah Gombak dan Klang/Shah Alam lewat mendapat bekalan air seperti yang dijadualkan sejak kelmarin.

"Ini disebabkan loji rawatan air yang bekalkan air ke semua kawasan ini dari Sungai Selangor kurang pengeluaran air terawat daripada kadar pengeluaran biasa pada 24 Mac berbanding kadar pengeluaran semasa catuan.

"Apapun, pemantauan berterusan Syabas di semua kawasan gangguan ini menunjukkan bekalan air di semua kawasan itu telah mula mendapat bekalan air seperti biasa sejak jam 10 malam kelmarin dan dijangka pulih sepenuhnya pada petang semalam," katanya.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment