Wednesday 26 March 2014

Angin kencang, laut bergelora hingga esok

Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR - Angin kencang timur laut dan laut bergelora dijangka berterusan di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata kawasan yang terlibat di Sabah ialah pantai barat, Kudat dan Sandakan manakala di Sarawak membabitkan kawasan perairan Miri, Mukah, Rejang dan Bintulu.

Keadaan sama juga dijangka berlaku di Tioman, Reef South, Layang-Layang, Palawan, Sulu dan Samui.

Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di kawasan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi serta sukan laut.

Sementara itu, kawasan perairan Condore dan Reef North turut diramal mengalami keadaan serupa.

Keadaan angin kencang timur laut berkelajuan antara 50 dan 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter itu juga dijangka berterusan sehingga esok dan berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, penangkapan ikan, dan perkhidmatan feri. - Bernama

No comments:

Post a Comment