Sunday 23 March 2014

Pyongyang lancar 30 peluru berpandu


Latihan ketenteraan bersama di Laut Timur disertai Amerika Syarikat dan Korea Selatan bermula 24 Februari lalu.


SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Utara, semalam didakwa sengaja melakukan tindakan provokasi dengan menjalankan ujian peluru berpandu menerusi pelancaran 30 roket jarak dekat ke arah Laut Timur.

Jurucakap Kementerian Pertahanan di Seoul, Kim Min-Seok memberitahu kesemua peluru berpandu tersebut ditembak pada jarak sehingga kira-kira 60 kilometer.

"Korea Utara perlu menghentikan sebarang tindakan yang mahu meningkatkan ketegangan dan boleh memburukkan lagi keadaan.

"Tindakan melulu mereka melakukan sebarang ujian peluru berpandu tanpa memaklumkan mengenai perkara itu lebih awal sebenarnya boleh mendatangkan bahaya besar kepada kapal dan pesawat yang melalui kawasan terbabit," tegasnya.

Awal minggu lalu, Korea Selatan telah menggesa Pyongyang untuk menghentikan sebarang tindakan provokasi selepas mereka melancarkan 25 peluru berpandu ke kawasan laut berhampiran semenanjung negara terbabit.

Menurut laporan AFP, difahamkan, ketegangan semakin memuncak di Semenanjung Korea selepas Pyongyang melihat tindakan Seoul dan Washington yang melancarkan roket jarak dekat ketika latihan ketenteraan bersama pada awal bulan lalu sebagai satu ancaman keselamatan kepada mereka.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment