Sunday 23 March 2014

Australia juara, belasah Malaysia 8-3

AUSTRALIA muncul juara kali kelapan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-23 selepas menumpaskan Malaysia 8-3 pada final di Stadium Azlan Shah di sini, malam ini.

Australia mendahului pada separuh masa dengan jaringan 3-1.

Jaringan Australia disumbang oleh Chris Ciriello seawal minit ke-6, diikuti oleh Eddie Ockenden pada m-11 dan Ciriello menambah jaringan pada m-17, m-42 dan m-52. 

Nicholas Budgeon turut menyumbang jaringan pada m-46, Matt Ghodes (m-65) dan Tristan White (m-68).

Maruah Malaysia diselamatkan oleh Shahril Saabah yang membuat jaringan pada m-24 dan Rashid Baharom (m-40) serta Fitri Saari (m-67).

Bernama

No comments:

Post a Comment