Thursday 27 March 2014

Pakar matematik sedia tawar bantuan kesan pesawat


KUALA LUMPUR: Firma perunding yang menggunakan ukuran matematik dalam mencari bangkai pesawat Air France yang jatuh di lautan Atlantik pada 2009 sedia menggunakan kepakaran mereka dalam kes pesawat MH370 Penerbangan Malaysia.

Namun sehingga kini, masih tiada sesiapa yang tampil untuk meminta bantuan kepakaran matematik dari Metron, dalam mencari pesawat Boeing 777-200 yang sehingga kini masih gagal ditemui.

Walaupun begitu, ini tidaklah mengahalang bagi pakar-pakar matematik ini dari meneruskan kaji selidik mereka menggunakan data-data yang sedia anda dalam mencari pesawat tersebut.

Menurut Ketua Divisyen Aplikasi Matematik Lanjutan, Van Gurley, mereka kini sedang sedaya upaya menggunakan data-data yang sedia ada dalam membuat penilaian bebas terhadap lokasi pesawat tersebut.

“Apabila penilaian tersebut mencatatkan perkembangan positif, kami akan ‘berkongsi’ dengan pihak-pihak yang berminat dalam meniliti penilaian itu,” kata Gurley di pejabat Metron di Virginia, Washington. 

Dalam nahas Pesawat 447 Air France yang menyebabkan 228 penumpang pesawat tersebut maut, sasaran para penyiasat ketika itu ialah untuk mengesan letaknya kotak hitam pesawat tersebut yang ketika itu telah berada dalam dasar laut.

Agensi penyiasat kemalangan udara Perancis (BEA) telah meminta bantuan kepakaran dari firma, Metron untuk membuat penilaian lokasi letaknya kotak hitam pesawat tersebut dan usaha tersebut berjaya apabila dron selaman bawah laut berjaya menemui kotak hitam tersebut pada Mei 2011.

Dalam nahas tersebut, serpihan bangkai pesawat itu dijumpai terapung kira-kira seminggu selepas nahas tersebut berlaku dan kawasan pencarian diperluaskan kepada lebih 130 kilometer.

Berbeza pula dengan kes misteri kehilangan pesawat MH370 di mana pihak berkuasa Malaysia telah mengatakan bahawa terdapat kira-kira 122 objek yang ditemui dalam data dari satelit dan dianggap punya “potensi” sebagai kunci kepada penemuan pesawat tersebut.

Namun dengan keluasan kawasan Lautan Hindi itu, tiada satu pengesahan pun dapat dilakukan dalam mengaitkan objek-objek tersebut dengan pesawat malang itu.

“Semua berkehendakkan jawapan dimana lokasi pesawat itu. Namun, kami juga tiada jawapan yang pasti lokasi pesawat itu kerana tiada data kukuh berkenaan objek-objek itu,”.

Ditanya apakah kebarangkalian dalam menemui pesawat tersebut dan juga punca pesawat tersebut hilang, Gurley mengatakan bahawa secara teknikalnya ianya agak sukar namun bergantung kepada misi mencari yang dilakukan itu.

“Teknologi yang ada mampu membawa pencarian hingga ke dasar laut di dunia ini namun ianya agak mencabar dan namun hanya keupayaan dan masa boleh akan menentukkan,”.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment