Thursday 27 March 2014

Najib hadir majlis Anugerah Sukan Dunia Laureus

Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di majlis Anugerah Sukan Dunia Laureus di Istana Budaya, di Kuala Lumpur malam ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis Anugerah Sukan Dunia Laureus di Istana Budaya, di sini malam ini.

Perdana Menteri diiringi isterinya dengan sambutan karpet merah.

Ketibaan pemimpin negara itu disambut Pengerusi Akademi Dunia Sukan Laureus Edwin Moses.

Najib menandatangani plaque kenangan sempena majlis anugerah itu yang pertama kali diadakan di Malaysia.

Antara tetamu kehormat tempatan yang turut hadir Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Wahid Omar.

Turut hadir selebriti tempatan Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Adibah Noor dan Maya Karin.

Anugerah Sukan Dunia Laureus mengiktiraf kecemerlangan tokoh sukan dunia dalam pelbagai bidang sukan sepanjang tahun 2013.

Sebanyak enam kategori utama dipertandingkan dan bagi setiap kategori enam atlet telah dicalonkan dan bakal dinobatkan sebagai yang terbaik. - Bernama

No comments:

Post a Comment