Thursday 27 March 2014

Firma insurans China mula bayar ganti rugi kepada keluarga penumpang


BEIJING: Syarikat insurans China mula membayar ganti rugi kepada ahli keluarga warganegara itu yang merupakan penumpang pesawat MH370 yang hiland di Selatan Lautan Hindi.

Agensi berita rasmi Xinhua, China, melaporkan, keluarga kepada tujuh penumpang menerima RM2.5 juta pampasan pada Rabu, daripada syarikat insurans terbesar di China, China Life.

Xinhua dipetik sebagai berkata, China Life mempunyai 32 pelanggan dalam pesawat penerbangan Malaysia MH370 itu.

Ia menganggarkan keseluruhan ganti rugi mencecah RM4.8 juta.

Sementara itu syarikat insurans berpangkalan di Shanghai, China, Pacific Insurance Co., Ltd berkata pihaknya sudah menawarkan ganti rugi pertamanya berjumlah RM278,293 pada Khamis.

Sunshine Insurance pula berkata, pihaknya sudah membayar ganti rugi kepada satu daripada tiga keluarga berjumlah RM265,042.

New China Life Insurance Co. Ltd. menganggarkan bayaran ganti rugi boleh mencecah RM530,086 untuk Sembilan pelanggannya dalam pesawat berkenaan.

China merupakan penumpang teramai dalam pesawat MH370.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment