Saturday 8 March 2014

"Kasut tumit tinggi menyakitkan!"- Jonathan Goh



TUMIT tinggi adalah lambang keanggunan mengikut dunia fesyen wanita.


Setinggi tiga hingga empat inci kasut tumit tinggi direka untuk merehatkan tumit pada ‘stiletto’, bergabung dengan rekaan yang agak rumit bagi menampakkan keyakinan diri yang tinggi.

Kasut tumit tinggi mula digayakan oleh golongan wanita pada zaman pertengahan tahun 1630-an, semenjak itu, kebanyakan golongan wanita di seluruh negara dunia pertama, telah mendedahkan diri mereka dengan pelbagai masalah kaki, pergelangan kaki, lutut dan sakit belakang. Benarlah kata pepatah, “Keindahan itu menyakitkan!”.

Sebentar! Sebelum menyimpan semula kasut-kasut tumit tinggi itu ke dalam almari, izinkan kami menjelaskan mengapa kasut tumit itu tidak membawa kebaikan.

Sedia maklum, perkembangan manusia dalam memulakan langkah pertama adalah dengan menggunakan kedua belah kaki , kemudian kaki kita berubah sebagai penyerap hentakan yang menyokong berat badan dan juga daya yang telah dikenakan ke atasnya. 

Untuk mencegah tekanan terhadap kepatahan dan kecederaan tisu lembut daripada berlaku, tubuh kita telah maklum untuk berupaya berjalan dalam pola tertentu bagi mengimbangi keserataan dalam berat badan bagi setiap struktur kaki.

Ia dikenali sebagai kitaran gaya berjalan. Cuba berjalan di hadapan cermin dengan berkaki ayam, anda akan menyedari bahawa apabila kaki kanan anda diangkat ke hadapan, tumit kaki yang akan menyentuh permukaan lantai terlebih dahulu, sebelum tapak kaki diletakkan sepenuhnya di atas lantai.

Percubaan untuk kaki kiri pula, dilihat apabila tumit kaki kanan diangkat keseluruhan dan akhirnya, jari-jemari kaki kanan akan menyusul.

Sekarang, cuba pakai kasut tumit tinggi anda dan ulangi keseluruhan proses yang sama, apakah yang anda lihat?

Kini, pergerakan kaki  telah dikunci ke dalam keadaan pergerakan yang telah dibincangkan tadi. Ia dikenali sebagai gaya jalan bertumit tinggi di mana peningkatan tekanan terhadap bahagian tapak kaki di hadapan sebanyak 30% ; menyebabkan tekanan keretakan dan ‘bunion’.

Berikut adalah sepuluh masalah kaki yang dialami oleh wanita dalam kasut tumit tinggi oleh College of Podiatry.

10 Senarai Teratas Sakit Kaki yang Dideritai oleh Para Wanita :

  • Lepuh (55%)
  • Rekahan Tumit  (45%)
  • Veruccas (28%)- sejenis ketuat yang disebabkan oleh ‘human papilloma virus’ (HPV), yang berlaku pada tapak kaki atau pun jari-jemari kaki
  • Kematu (24%) – kulit yang menebal; menimbulkan kesakitan
  • Kuku Mencengkam – (20%) dan kutu air (20%)
  • Bunion (13%) – kecacatan bertulang pada pangkal ibu jari kaki yang besar
  • Masalah Sendi  (11%)
  • Bau kaki yang keterlaluan (9%)
  • Artritis (8.8%) – keradangan menyakitkan dan kekakuan sendi
  • Masalah otot (8%)

Kajian dijalankan untuk menyiasat kesan kasut tumit tinggi terhadap tulang belakang dan send-sendi lain seperti pinggul dan lutut.

Apa yang mereka dapati adalah dengan memakai dan berjalan menggunakan  kasut tumit  tinggi menyebabkan perubahan pada postur tulang belakang kerana tumit diletakkan dalam keadaan tinggi,manakala tulang pinggul berkeadaan terkeluar ke hadapan.


Sumber: www.timesofmalta.com


Tekanan akan meningkat pada bahagian tulang belakang bawah hingga menyebabkan pelbagai masalah tulang belakang seperti prolaps cakera (disc prolapse) yang akan saya rungkaikan dalam artikel akan datang.

Dengan keadaan pinggul condong ke hadapan, ia menjarakkan lutut dari yang sepatutnya dan bahagian dalam lutut akan diletakkan dalam keadaan menampung sejumlah besar tekanan, akan membawa kepada osteoartritis. Bukan sahaja sendi akan terjejas, telah dilihat bahawa pemendekan otot betis dan dan tendon Achilles, jika berjalan dengan tumit tinggi.

Ini akan meningkatkan kadar kelaziman fasciitis plantar.

Berbekalkan dengan apa yang telah diperkatakan dan dilakukan,  umumnya mengetahui bahawa kasut tumit tinggi tidak elok tetapi tidak ramai yang tahu sebab di belakangnya.

Harapan saya agar artikel ini dapat membantu dalam memperjelaskan bahawa Jimmy Choo atau Michael Kors kepunyaan anda, bukanlah pilihan terbaik untuk kaki anda, namun ia tidak bermakna anda harus berhenti memakainya secara menyeluruh.

Saya selalu menasihatkan pesakit saya untuk mengambil segala-galanya secara bersederhana dan sentiasa memberikan kaki atau badan anda rehat yang diperlukan.

Mereka akan berterima kasih untuk itu dengan tidak memberi diri  sendiri kesengsaraan pada masa hadapan.

--------------------------------------------------------
* Jonathan Goh ialah seorang ahli fisioterapi yang kini bertugas di Sarawak. Beliau punyai minat yang mendalam untuk meningkatkan kesedaran awam tentang isu-isu penting seperti osteoarthritis.
** Artikel asal diterbitkan di laman blog The Malaysian Medical Gazzete dan boleh dibaca di sini.

--------------------------------------------------------
Disiarkan di Astro Awani pada 8 Mac 2014

No comments:

Post a Comment