Wednesday 5 March 2014

Empat belas NGO buat laporan polis penyebaran gambar pemimpin dicium babi


PUTRAJAYA: Empat belas badan bukan kerajaan (NGO) Putrajaya pada Selasa membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar pemimpin negara dicium seekor babi di laman sosial.

Kumpulan NGO itu diketuai Pengerusi Jaringan Kaseh Ixora, Zarina Ismail, yang hadir bersama wakil setiap NGO antaranya Majlis Belia Kawasan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Putrajaya serta Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Putrajaya.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini pada Selasa, Zarina berkata perkara itu tidak seharusnya terjadi kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam selain menunjukkan rasa tidak hormat kepada pemimpin negara.

Beliau berkata pihaknya juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan menggesa SKMM mengesan individu yang memuat naik gambar itu.

Bernama

No comments:

Post a Comment