Saturday 22 February 2014

"Tak hairanlah!" - Hampir 2,000 terputus bekalan elektrik

KOTA KINABALU - Hampir 2,000 pengguna di Lahad Datu terputus bekalan elektrik semalam apabila kabel utama milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) rosak semasa kerja pemasangan paip air oleh sebuah syarikat kontraktor di Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu.

Pengurus Besar (Pengurusan Aset) SESB Muhamad Nazri Pazil berkata anggaran awal kerugian dalam kejadian pukul 2.05 petang itu adalah sebanyak RM20,000 dan laporan polis telah dibuat terhadap kontraktor terbabit.

"Bekalan elektrik dapat dipulihkan secara berperingkat di kawasan terlibat bermula 2.35 petang pada hari yang sama," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Antara kawasan yang dikenal pasti terjejas ialah sekitar Kampung Sabah Baru, Taman Warisan, Desa Bajau dan Pangsapuri Mutiara Kasih.

Muhamad Nazri memohon kerjasama semua kontraktor pembangunan supaya memberi makluman awal kepada SESB sebelum melaksanakan sebarang kerja berhampiran prasarana elektrik milik SESB.

Beliau berkata pengguna digalakkan menghubungi talian Hotline SESB di 15454 atau 088-515000 sekiranya kawasan mereka terputus bekalan elektrik. - Bernama

No comments:

Post a Comment