Saturday 22 February 2014

Kesemua mangsa lemas Sg Muar telah ditemui


SEGAMAT: Kesemua mangsa tragedi lapan remaja yang lemas di Sungai Muar berhampiran Buluh Kasap, Segamat berjaya ditemui.

Perkara tersebut telah disahkan Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang.

Dalam perkembangan terbaru, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.30 petang tadi (Sabtu).

Menurutnya, seramai 131 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat termasuklah pasukan penyelam, RELA, unit pengesan K-9, polis, serta penyelamat air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM).

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila 13 rakan sedang beriadah di sebuah kawasan rekreasi.

Selepas bermandi-manda, lapan daripada mereka telah bersiar-siar di tebing sungai apabila salah seorang daripada mereka tergelincir dan jatuh.

Tujuh daripada remaja tersebut kemudiannya mencuba untuk menyelamatkan rakan mereka namun turut tergelincir dan lemas.

Kesemua mangsa dilaporkan berasal dari Taman Mewah.

Lokasi terletak terletak berhampiran sebuah kuari menyedut pasir, adalah kira-kira 10 kilometer dari Bandar Segamat dan juga kawasan rekreasi popular bagi penduduk sekitarnya. - ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment