Saturday 22 February 2014

Festival Layang-layang Sedunia di Pasir Gudang tarik 10,000 pengunjung


PASIR GUDANG: Lebih 10,000 pengunjung hadir memeriahkan suasana Festival Layang-layang Sedunia kali ke-19 di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor.

Pelbagai jenis layang-layang dipamerkan ke udara oleh pelayang tempatan dan luar negara.

Antara yang menarik perhatian layang-layang jenis 3D, 2D dan tidak ketinggalan wau tradisional.

Seramai 900 pelayang tempatan dan luar negara dari 39 buah negara turut menyertai festival bertaraf antarabangsa itu.

Antaranya pelayang dari Hong Kong, Holland, Rusia, Korea, Jepun, Itali, Indonesia dan Sweden.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Turut hadir sama ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sementara itu pelayang dari Indonesia, Kadek Dwi Armika berkata walaupun cuaca panas, ia tidak menjadi halangannya untuk terus menaikkan layang-layang.

Katanya ini adalah kali ketiga dia berkunjung ke festival yang disifatkan sebagai terbaik kerana banyak penyertaan serta layang yang sentiasa baru.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment