Saturday 8 February 2014

Taib Mahmud sah letak jawatan?

Tan Sri Abdul Taib Mahmud
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud


SHAH ALAM - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dilaporkan sah meletak jawatan.

Difahamkan, beliau bakal mengumumkan penggantinya dalam masa terdekat.

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, Abdul Taib mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan pada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti serta kaukus khas bagi menentukan penggantinya.

Bagaimanapun, MKT dan kaukus menyerahkan kuasa menamakan pengganti kepada Abdul Taib dalam mesyuarat hampir lima jam, pagi tadi, lapor sebuah portal.

Abdul Taib yang juga Presiden PBB diuar-uarkan akan melepaskan jawatannya sebagai ketua menteri beberapa hari yang lalu.

Ini bukan kali pertama angin bertiup kencang bahawa ketua menteri lebih 30 tahun itu akan meletakkan jawatan.

Sambutan sempena 32 tahun pentadbirannya diadakan pada 26 Mac tahun lalu.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment