Saturday 8 February 2014

Rujuk segera SESB jika musykil

SESB

KOTA KINABALU - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menasihati semua pengguna supaya segera berhubung dengan agensi itu sekiranya mereka mempunyai kemusykilan tentang bil elektrik yang diterima.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Muhamad Nazri Pazil berkata pihaknya bersedia membantu pengguna menyelesaikan sebarang kemusykilan terutamanya berkaitan bacaan bil elektrik bulanan mereka.

"Ini berikutan beberapa laporan aduan oleh pengguna yang disiarkan beberapa buah akhbar tempatan baru-baru ini. Bagaimanapun, pihak SESB tidak dapat mengesahkan laporan (aduan di dalam akhbar) ini kerana pemeriksaan lanjut perlu dibuat terlebih dahulu pada rekod penggunaan elektrik pada bulan yang berkaitan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata untuk membuat aduan, pengguna boleh datang ke pejabat SESB berdekatan atau menghubungi talian Bebas Tol SESB di 1-800-88-1135 atau menghantar emel di dalam ruangan 'Talk To Us' yang boleh didapati di laman sesawang rasmi SESB di www.sesb.com.my. - Bernama

No comments:

Post a Comment