Thursday 20 February 2014

Panduan TV pelbagai bahasa pertama di Malaysia dilancar


KUALA LUMPUR: Astro melancarkan aplikasi panduan televisyen pelbagai bahasa yang pertama di Malaysia yang bakal dinikmati semua pelanggan Astro B-yond secara berperingkat di seluruh negara bermula 24 Febuari ini.

Panduan Pengaturcaraan Elektronik, EPG itu sebagai memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan bahasa pilihan masing-masing semasa menonton rancangan kesukaan mereka.

Selain panduan TV pelbagai bahasa, ciri-ciri utama EPG ini termasuk katalog Video on Demand, VOD yang berkeupayaan mencari program televisyen mengikut genre, tajuk, dan episod.

Bagi pelanggan PVR, ia memudahkan mereka untuk merakam program pilihan mereka secara tersusun menerusi tarikh dan episod yang dikehendaki.

Inovasi baru ini juga boleh digunakan melalui Astro on the Go bagi membolehkan mereka menonton program yang disediakan pada bila-bila masa.

Pelanggan Astro Go-Beyond juga dinasihat memastikan set peranti mereka dalam mod siap-sedia untuk menerima perisian berkenaan.

Mereka juga boleh menonton saluran 100 mulai 24 Febuari untuk maklumat lanjut.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment