Thursday 20 February 2014

Ancaman terbaharu terhadap Teresa Kok

Nik Nazmi
Nik Nazmi


SHAH ALAM - Timbalan Speker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, kejadian simbah cat merah dan bangkai ayam yang dilempar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh berpunca daripada tindakan NGO pro BN yang membuat tawaran menampar pemimpin tersebut.

Beliau berkata, Umno/BN yang memperjuangkan konsep wasatiyyah perlu mengambil tindakan terhadap kumpulan NGO yang beragama Islam itu.

"Saya mengecam serangan terbaharu terhadap Teresa Kok kerana serangan ini berlaku selepas wujud tawaran untuk menampar beliau sebagai respon terhadap video Tahun Baru Cina Teresa ‘Onederful Malaysia’ yang mereka dakwa menghina Islam dan Raja-Raja Melayu.

"Saya juga menyeru Kerajaan Umno/BN yang sering bercakap soal wasatiyyah atau kesederhanaan untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan ini yang didokong oleh mereka," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terbaru, mengikut laporan media Pusat perkhidmatan Ahli Parlimen Seputeh telah disimbah dengan cat merah dan seekor ayam mati turut diletakkan di depan pintunya awal pagi ini, dua minggu selepas NGO yang mengaku Islam membuat tawaran agar beliau ditampar.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment