Thursday 20 February 2014

Laporan nahas genting didedahkan kepada umum


KUALA LUMPUR: Orang ramai dijemput membaca laporan penuh berhubung nahas bas terjunam di Genting Highlands pada 21 Ogos tahun lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mendedahkan laporan untuk kali pertama setelah ia dibentangkan di kabinet semalam.

Laporan 44 muka surat daripada panel yang ditubuhkan Oktober lalu itu telah mengesahkan bahawa faktor utama kemalangan tersebut adalah memandu dengan laju.

"Punca utama adalah bas dan kesalahan pemandu. Tetapi banyak lagi kelemahan berhubung kait dengan aspek jalan, aspek kenderaan, aspek tindakan kecemasan dan keselamatan yang sudah dikenal pasti sebagai perkara yang kita perlu ditangani," kata Hishammuddin.

Selain daripada itu, laporan itu mengesyokrkan sebanyak 51 cadangan, termasuk mewujudkan satu Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara.

Lembaga ini berperanan menasihat, menyIasat, menganalisis serta melaporkan terus sebarang cadangan serta penambahbaikan kepada menteri pengangkutan berhubungan isu berkaitan keselamtan jalan raya, rel, penerbangan dan juga maritim.

Selain daripada itu, cadangan lain termasuk 16 syor berkaitan jalan, 20 syor melibatkan aspek kenderaan, 8 syor untuk keselamatan operasi, 4 syor bagi tindakan kecemasan dan 3 syor untuk memperkasakan penglibatan orang awam.

Antara lain, cadangan-cadangan termasuk mewujudkan satu sistem penilaian keselamatan jalan raya yang sistematik di seluruh negara serta jangkaan risiko; mengukuhkan penguatkuasaan di bahagian-bahagian berisiko tinggi; mengkaji semula kelulusan yang sedia ada dan proses pelesenan; menubuhkan sebuah sistem komputer (CAD 999) tindak balas.

Kemalangan di kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu meragut 37 nyawa termasuk pemandu bas.

Kenderaan yang dinaiki seramai 53 orang itu terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu ke ibu negara.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment