Friday 3 January 2014

Trofi Piala Dunia Brazil kini di Malaysia

Trofi Piala Dunia Brazil kini di Malaysia
Sesi penjelajahan trofi Piala Dunia Brazil 2014 tiba di Malaysia hari ini.


SUBANG - Siri jelajah trofi Piala Dunia Brazil 2014 tiba di Malaysia hari ini. Bertempat di Skypark Subang, trofi Piala Dunia itu dibawa khas untuk dipersembahkan kepada rakyat Malaysia.

Penjelajahan trofi ini akan mengambil masa sembilan bulan termasuk di Malaysia.

Malaysia merupakan negara ke-56 dalam pengembaraan ini daripada keseluruhan negara yang akan dijelajah iaitu sebanyak 88 negara sebagai simbolik memperagakan simbol ikonik Fifa tersebut.

Ini merupakan kali ketiga trofi Piala Dunia itu dipersembahkan di seluruh dunia sempena penjelajahan trofi tersebut dan akan mengambil jangka masa 267 hari bagi melengkapkan sesi penjelajahannya ke 88 negara.

Penjelajahan trofi ini bermula dari tapak Christ the Redeemer di Rio de Janeiro Brazil pada 12 September 2013 yang lalu bagi mengharungi penjelajahan sejauh 149,576.78 kilometer iaitu tiga kali ganda jaraknya mengelilingi bumi.

Trofi Piala Dunia ini berukuran 36.8 sentimeter tinggi dengan berat 6.18 kilogram,ianya diperbuat daripada emas 18 karat serta dihiasi dengan permata malachite pada bahagian tapaknya.

Jadi kepada rakyat Malaysia jangan lepaskan peluang ini, ini kerana pada 5 Januari ini bertempat di Dewan Tun Husein Onn Dewan 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), trofi Piala Dunia ini akan dipamerkan disana.

Bermula jam 10 pagi hingga 10 malam pada hari tersebut, pengunjung boleh melihat sendiri keanggunan trofi Piala Dunia Fifa yang asli, jadi jangan lepaskan peluang keemasan anda!

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment