Saturday 4 January 2014

Kes pembunuhan pekerja pusat kecantikan: Suami mangsa ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga India ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang pekerja pusat kecantikan yang maut ditikam di tempat kerjanya di Taman Permaisuri Cheras malam tadi.

Suspek yang juga suami mangsa berusia 27 tahun ditahan di lokasi kejadian selepas polis curiga dengan keterangan yang diberi.

Mayat mangsa ditemui berlumuran darah di dalam bilik mandi kedai pengantin dan kecantikan oleh suspek dan pemilik kedai terbabit kira-kira jam 7.45 malam.

Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumahnya sejak empat hari yang lalu.

Pemeriksaan forensik menemui satu kesan tikaman di badan dan kelaran di leher mangsa.

Mangsa berusia 28 tahun warga India dan suaminya memasuki negara sejak enam bulan lalu.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment