SEPERTI mana Lisa Surihani, pelakon yang berada di bawah naungan produksi besar, Metrowealth International Group (MIG), ini turut menerima hadiah istimewa dari 'taukenya', Mejar (K) David Teo.
Malah, Diana kelihatan sangat terharu sebaik menerima hadiah seutas 'gelang emas' daripada David yang turut membantunya menguruskan majlis pernikahan. "Saya sangat bersyukur dengannya apa yang dia (David) lakukan untuk kami.
"Mana mungkin saya dapat menyiapkan semuanya dalam masa seminggu selepas umum tarikh nikah.
"Bos (David) yang banyak beri sumbangan dari segi persiapan nikah malam ini (kelmarin)," ujarnya.
Malah, Diana turut menjelaskan bahawa David tidak mengetahui keputusannya untuk bertunang sebelum ini memandangkan majlis itu hanya untuk kaum keluarga sahaja.
Namun, sebaik saja berita pertunangannya itu tersebar, Diana terus berjumpa David untuk menjelaskan perkara sebenar.
"Dia sangat memahami keadaan saya. Cuma dia sedih kerana tidak memberitahunya lebih awal kerana dia sudah menganggap saya seperti anaknya sendiri.
"Selepas itu dia sering tanya bila saya nak kahwin. Paling terharu bila dia dan staf yang lain sanggup membantu saya membuat persiapan hari bahagia saya ini," katanya.
Selain MIG, majlis pernikahan Diana turut mendapat tajaan daripada Ezuwan Ismail, Fatimah Shaari Creation, Saiful Sin, Yakult, Shutterplace, Samsultahir, Lea Henna Artist, dan Sri Gading Catering.
"Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang sudi menaja dalam majlis ini. Alhamdulillah... ALLAH mempermudah majlis pernikahan kami," katanya yang bakal mengadakan majlis resepsi pada awal tahun hadapan.
Kongsi detik perkenalan
Berkongsi mengenai kisah pertemuannya bersama suami, Diana berkata, mereka sebenarnya bertemu secara tidak sengaja dalam satu majlis.
Jelas Diana, hubungan yang bermula atas urusan kerja itu lama kelamaan menimbulkan bibit cinta dan sayang antara mereka.
"Kriteria pertama yang saya lihat dalam diri bakal suami saya ini adalah sikap bertanggungjawab.
"Malah dia sanggup tunggu saya selama setahun tanpa rasa putus asa," katanya.
Melihat kesungguhan Habib, Diana berkata, dia yakin dengan jejaka itu lantas menerima lamarannya.
Tambahnya, keperibadian Habib yang dekat dengan ilmu agama banyak membantunya mendalami ilmu yang dicari-cari itu.
"Sebelum ini saya tahu latar belakang Habib, dia pernah belajar sekolah agama dan seorang yang berpengetahuan luas dalam soal keagamaan.
"Jika saya ada masalah, Habib sudi mendengar dan tidak pernah menyisihkan saya daripada hidupnya," kata Diana.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment