Wednesday 28 August 2013

6.8 juta tikus bersarang di Kuala Lumpur!

tikus


Sejajar dengan pembangunan pesat di Kuala Lumpur yang kini dihiasi dengan bangunan pencakar langit, populasi tikus juga kian meningkat.

Statistik terkini dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan bahawa terdapat 6.8 juta tikus yang bersarang di Kuala Lumpur.

Angka itu adalah empat kali lebih besar daripada populasi Kuala Lumpur! Secara ringkasnya, nisbah setiap penduduk di Kuala Lumpur adalah bersamaan dengan empat ekor tikus.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, tikus-tikus ini membiak dengan begitu mendadak sehingga populasinya bertambah sebanyak dua peratus setiap tahun.

Dengan bilangan kakitangan Unit Kawalan Perosak yang terhad iaitu hanya 24 anggota untuk membasmi tikus-tikus sebanyak itu, DBKL memperkenalkan tawaran upah RM1 kepada setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap orang ramai.

Pakar Perubatan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Alam Sekitar DBKL Dr Zainol Arrifin Pawanchee berkata program RM1 untuk seekor tikus ini bermula pada tahun 2008 dimana DBKL mensasarkan untuk menghapuskan 50,000 tikus dalam setahun.

“Setakat ini kami telah berjaya mencapai sasaran itu. Melalui program RM1 untuk seekor tikus ini sahaja, kami telah berjaya membasmikan 80,791 tikus dalam tempoh lima tahun. Ini bermakna, kami juga telah membayar RM80,791 kepada orang-orang yang berjaya menangkap tikus,” katanya.


Walaubagaimanapun, Zainol Arrifin berkata ini bukan bermakna semua orang boleh menangkap tikus untuk diserahkan kepada DBKL untuk mendapat upahnya.

“Ada syaratnya. Kami akan membuat program ini di lokasi yang tertentu dan kami akan edarkan perangkap tikus dua atau tiga hari sebelum hari program.


“Kami akan buka kaunter di lokasi tersebut dan perangkap tikus yang dikembalikan dengan tikus akan diberi upah RM1,” katanya.


Sumber: Astro Awani

1 comment:

  1. Rumah penuh dgn tikus?
    =================================
    RACUN TIKUS VICTORY - pest control grade
    =================================
    ➡ Fomulasi USA ,100% berkesan
    ➡ Tidak mati dicelah
    ➡ Jimat masa
    ➡ Sepekat boleh pakai 2-3 tempat
    ➡ Dijamin berkesan
    Whatsapp/SMS Order:
    ➡ 016 977 5478

    Racun Tikus Victory berasa amat BANGGA dapat menolong RAMAI TANGGA yang penuh dengan TIKUS.
    ========================================
    Tikus anda adalah Tanggungjawab Racun Tikus Victory
    ========================================

    ReplyDelete