Wednesday 28 August 2013

Bajet 2014: fokus kepada kesejahteraan rakyat

Bajet 2014: fokus kepada indeks kesejahteraan rakyat

Bajet 2014, yang akan dibentang di Parlimen Oktober ini, akan memfokus kepada indeks kesejahteraan rakyat di Bandar dan luar bandar.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata antara aspek yang ditekan ialah keselesaan dan keselamatan penduduk di negara ini.

"Durasi masa yang lama diperlukan untuk pekerja pergi ke tempat kerja kerana kesesakan jalan raya selain perasaan gelisah ketika tidur malam kerana keselamatan terganggu, ia melambangkan kita (rakyat) tidak sejahtera

"Untuk itu, Kementerian Kewangan akan meneliti dengan terperinci indeks kesejaheraan rakyat ini, dan diperhalusi agar kualiti hidup rakyat meningkat dan rakyat hidup dalam negara kita ini lebih sejahtera," katanya kepada pemberita pada majlis kongsi raya anjuran Masjid An-Najihin bersama beberapa badan bukan kerajaan di sini semalam. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment