Wednesday 28 August 2013

Bakar Arang, Sg. Petani catat jerebu tertinggi hari ini

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan bacaan jerebu tertinggi hari ini ialah di Bakar Arang, Sg. Petani Kedah dengan bacaan (103).

Ini merupakan bacaan yang direkodkan setakat 1 petang hari ini.

Sebanyak 35 kawasan lain mempunyai bacaan IPU sederhana termasuk empat  yang menghampiri paras tidak sihat iaitu Seberang Jaya 2 (99), USM Pulau Pinang (96), Bukit Rambai, Melaka (94) dan  Langkawi, Kedah  (92).

Menurut portal itu lima kawasan mempunyai kualiti udara yang baik iaitu Keningau, Bintulu, Miri dan Labuan, Wilayah Persekutuan.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.

No comments:

Post a Comment