Wednesday 28 August 2013

Anggota tentera dituduh di mahkamah kerana membunuh



TUMPAT:  Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan dituduh di Mahkamah Majistret Tumpat kerana membunuh seorang kerani di Taman Sri Periuk, Tumpat pada 11 Ogos lalu.

Dakwaan itu dibacakan oleh Pendakwaraya Norhamizah Ghazali dihadapan Majistret Ahmad Adha Yasser Amri mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Peguam yang mewakili tertuduh, Datuk Shukri Mohamad ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya memohon mahkamah tempoh sebulan untuk sebutan semula bagi membolehkan pihaknya menyerahkan dokumen kepada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 51 A Kanun Acara Jenayah.

Majistret membenarkan permohonan itu dan sebutan semula kes ialah pada 1 Oktober depan.

Tertuduh Che Rosli Che Daud tenang ketika pertuduhan dibacakan tanpa sebarang keterangann direkodkan.

Mengikut fakta pertuduhan tertuduh pada 11 Ogos lalu di hadapan sebuah rumah Lot 127 Block N Perumahan JPN Kok Seraya, Chabang Empat, Tumpat telah membunuh Mohd  Yusrizal Mat Zain, 32.

Dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan maut setelah membuka satu bungkusan yang diletakkan di atas bumbung sebuah MPV milik ahli keluarga mangsa.

- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment