Friday 16 August 2013

Astro Radio lebarkan sayap frekuensi di Sarawak

Berita baik buat seluruh warga Miri! Penduduk di sekitar Miri kini berpeluang berhibur serta mendapatkan info – info menarik melalui rangkaian terbaharu ASTRO Radio Sdn. Bhd.

 Astro Radio akan memperluaskan empayar mereka dengan melebarkan sayap frekuensi stesen – stesen seperti  Era FM, MY FM, hitz.fm ke seluruh Miri, Sarawak.

Majlis pelancaran bakal berlangsung pada 24 Ogos 2013 bertempat di Bintang Megamall, Miri pada  pukul 11 pagi.

Ketiga-tiga stesen di bawah payung Astro Radio  ini akan menyiarkan kandungan yang lebih terperinci dan menepati kehendak penduduk setempat.

Antara acara – acara yang bakal menemui pendengar seperti acara komuniti bersama penduduk setempat dan lebih kepada penyampaian maklumat pelanggan yang tersediakan di rantau ini.

Sehubungan dengan itu, bukan sahaja frekuensi yang boleh didengari oleh penduduk Miri, malah, ketiga-tiga stesen tersebut juga mempunyai pasukan ‘on ground’ yang akan  berada di bumi Miri , bermula pada 19 hingga 24 Ogos 2013.

Para pendengar boleh memenangi beberapa hadiah sagu hati sambil melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti menarik! Jangan lupa untuk mengejar dan berkenalan dengan Skuad ERA Perodua, MY FM cruiser & hitz.fm yang akan sentiasa memberikan lintas langsung lokasi pilihan mereka.

ERA FM

hitz

MY FM

Majlis pelancaran Astro Radio di Miri ini disokong oleh Bintang Megamall sebagai lokasi rasmi dan Meritz Hotel sebagai hotel rasmi.

No comments:

Post a Comment