Friday 16 August 2013

Peningkatan kes bunuh adalah harga bagi kebebasan - Dr Mahathir

Dr Mahathir: Peningkatan kes bunuh adalah harga bagi kebebasan

Pembunuhan di jalanan menggunakan senjata api yang meningkat kebelakangan ini adalah harga bagi kebebasan yang perlu dibayar oleh setiap warganegara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata dalam suasana lebih liberal sekarang, sukar bagi pihak berkuasa untuk mengatasi keganasan seperti itu dan mereka hanya boleh mengambil tindakan setelah ia berlaku.

"Rakyat Malaysia amat baik dan mereka tidak suka membunuh satu sama lain...kecuali sekarang apabila pembunuhan agak lebih kerap berlaku setiap hari, ada orang yang kena tembak...itulah harga bagi kebebasan," katanya.

Sejak April hingga bulan lepas, 23 kes tembakan di jalanan dilaporkan berlaku di seluruh negara, termasuk yang melibatkan individu berprofil tinggi.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Perhimpunan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Perhimpunan itu disertai sembilan NGO - Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Aman Malaysia, Aqsa Syarif, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, Islamic Relief, Kelab Putera 1Malaysia, Mercy Malaysia, Malaysian Relief Agency dan Viva Palestina.

Dr Mahathir adalah presiden PGPF.

- BERNAMA 

2 comments:

  1. Saya sokong apa yang Tun kata tu ada benarnya..rakyat malaysia ni baik2 semua...

    ReplyDelete
  2. Cabaran semasa beliau menjadi pemimpin dahulu berbeza dgn yg sekarang.

    ReplyDelete