Thursday 19 December 2013

Penyelia didakwa cabul budak empat tahun

AYER KEROH - Seorang penyelia pembersihan sebuah pasar raya terkenal di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak yang juga anak rakan sekerjanya, minggu lalu.

Tertuduh, Sheikh Imran Hossain, 30, warga Bangladesh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Sheikh Imran didakwa mencabul selepas menggunakan kekerasan jenayah apabila menggeselkan kemaluannya dengan kemaluan seorang kanak-kanak berusia empat tahun tujuh bulan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah bilik di Jalan Nangka 4, Taman Rumpun Bahagia, Melaka Tengah kira-kira jam 10.30 malam pada 11 Disember 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment