Friday 13 December 2013

Lombong arang batu meletup di barat China

BEIJING: Sekurang-kurangnya 22 pekerja terperangkap di bawah tanah apabila sebuah lombong arang batu meletup di barat China, hari ini.

Pejabat berita kerajaan di wilayah Changji, berkata letupan itu berlaku pada jam 1.26 pagi waktu tempatan ketika 34 pelombong sedang bekerja.

Katanya, 12 pekerja berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada bongkah batu manakala 22 yang lain terperangkap di bawah tanah.

Perkhidmatan Berita China berkata, anggota penyelamat kini berusaha mencari mangsa yang terperangkap, namun keadaan mereka masih tidak dapat dikenal pasti. -- AP


Diekstrak dari: Berita Harian, Disember 13, 2013

No comments:

Post a Comment